Kemahiran Berfikir dan Ict
Pengenalan
- Kemahiran berfikir dan Ict
adalah sangat penting pada masa kini terutama sekali kepada golongan pelajar dan golongan pendidik.Pengaplikasian
kemahiran berfikir dan ict ini dapat membantu memperkasakan dan memudahkan proses pembelajaran dan
pengajaran berlaku.Penggunaan terknologi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memupuk dan menyemai
semangat untuk mempelajari dan menimba ilmu kerana pembelajaran melalui kaedah
ini menyediakan medium pembelajaran yang selesa,berksesan dan mudah dihayati.
Definisi Kemahiran Berfikir
- Secara amnya definisi
kemahiran berfikir yang sesuai dan tepat masih lagi dipertikaikan kerana
tokoh-tokoh pemikir mempunyai pendapat dan pandangan yang
berbeza.
- George ( 1970)
mendifinisikan kemahiaran berfikir adalah suatu proses penyelesaian masalah dan
perlakuan Semulajadi yang kompleks.
- Edward De Bono (1976) pula
mengaitkan kemahiran berfikir dengan kemahiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah malah
berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai persepktif bagi
menyelesaikan masalah
-Satu lagi definisi yang
menarik yang dikemukakan oleh Vincent Ryan Ruogiero (1984).Beliau
mendifinisikan kemahiran Berfikir sebagai “Thinking is any mental activity that
help formulate or solve problem,make a decision or fullfil a desire to understand.It
is a searching for answers,a searching for meaning”
Definisi yang Diterima Umum
-Proses
menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Tujuan Kemahiran Berfikir Digunakan dalam Pengajaran
dan Pembelajaran adalah untuk:
1.Mendapatkan latihan
berfikir secara kreatif dan kritis untuk membuat keputusan menyelesaikan
masalah dengan bijak
2.Mengaplikasikan
pengetahuan,pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada
dalam atau luar darjah
3.Menghasilkan ciptaan yang
lebih kreatif dan inovatif
4.Mengatasi masalah berfikir
yang terburu-buru,bercelaru dan kabur
5.Meningkatkan aspek kognitif
dan afektif dan seterusnya perkembangan
intelek
Jenis-jenis Kemahiran Berfikir
1.Berfikir Secara Kritis
-Kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahaan dan kemajuan sesuatu
idea,menilai
kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
-Contohnya membanding dan
membeza,membuat kategori,membuat ramalan,inferens dan menentukan sumber yang
boleh dipercayai.
2.Berfikir Secara Kreatif
-Kecekapan untuk menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan
idea,mencipta sesuatu yang baru,asli,luar biasa dan bernilai
Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak
i) Cekal
ii) Luwes
iii)
Ingin tahu
iv)
Mengambil risiko
v) Mahir menyoal
vi)
Tidak mudah putus asa
vii)
Bekerjasama
-Parkins dan Swarts (1990) menyatakan kesilapan utama sering berlaku ketika
berfikir adalah:
1.Berfikir Secara Terburu-buru
-Kesilapan
akan berlaku apabila kita bertindak dengan tergesa-gesa untuk membuat keputusan
dan atau menyelesaikan masalah.Hal ini
kerana kita tidak mempunyai masa yang cukup
untuk bertindak maka berlakulah kesilapan
2.Berfikiran
-Hai
ini berlaku apabila kita cuba
membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu itu dengan lebih luas
3.Fikiran yang Kabur
- Hal
ini terjadi apabila idea yang hendak kita sampaikan itu tidak menepati objektif
yang dikehendaki umpamanya kita
tidak
menyelesaikan sesuatu itu dengan lebih
terperinci dengan memberi tafsiran dan contoh-contoh yang nyata
4.Fikiran Bercelaru
-Berlaku
apabila kita merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan itu dengan
cara yang sistematik.Idea yang
kita sampaikan lazimnya disampaikan secara
rawak dan tidak tersusun mengikut urutan dan prinsip-prinsip tertentu.
Membina Kemahiran Berfikir
Berfikir bukan sesuatu kegiatan minda
tetapi boleh dibentuk sebagai sesuatu kemahiran.Kemahiran berfikir tidak datang dengan begitu sahaja tetapi memerlukan latihan
dan persiapan.Berfikir sekadar melihat sesuatu tidak akan mendatangkan apa-apa kemahiran tetapi apabila sesuatu iti
diungkap berasaskan Persepktif tertentu maka kemahiran berfikir mula dibentuk.
Melihat kegiatan pertukaran siang dan
malam,hujan dan panas,angina dan ribut mungkin -tidak membimbing seseorang kepada kemahiran berfikir
Peranan Ict dalam Pembangunan Masyarakat
a)
Maklumat tentang peluang pekerjaan
b) Membuka peluang pekerjaan
c) Kemahiran dan pembelajaran
d) Penjagaan kesihatan
e) Pengagihan kuasa
Kepentingan Ict
a) Teknologi maklumat dapat mengumpulkan maklumat
b) Digunakan untuk suntingan
dengan menggunakan teknologi.Penggunaan computer boleh merekodkan bunyi,imej dan pengesan gerakan
c) Memanipulasikan maklumat
dan proses semula imej
d) Digunakan untuk
berkomunikasi
BAGAIMANA ICT DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR?
-CASE iaitu Cognitive Acceleratio n through science Education telah dilaksanakan di dalam kelas “biasa” dan terbukti dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar melalui ict.
- Keputusan PNGK pelajar yang mendapat pembelajaran mengikut CASE lebih tinggi bukan sahaja dalam bidang sains malahan dalam bidang matematik dan bahasa inggeris.
-Pengajaran CASE distrukturkan menggunakan 5 prinsip iaitu:
1)Penyediaan konkrit
Bagi permulaaan,semua terma dan perbendaharaan kata baru yang diperkenalkan harus diamalkan.
2)Kognitif konfliks
Pelajar diberi tugasan atau situasi yang sukar untuk diselesaikan melebihi kemampuan mereka.
3)Aktiviti pembinaan zon
Pelajar menggunakan dialog antara mereka dan pengajar bagi menyelesaikan sebarang masalah.
4)Metakognikasi
Pelajar membuat proses pemikiran mereka lebih jelas.
5)Merapatkan
Menggalakkan pelajar berkongsi apa yang dipelajari.
-Pelajar dapat membangunkan kemahiran berfikir melalui ict dengan melibatkan diri dalam penyelidikan dan aktiviti yang ditetapkan dalam konteks yang releven.
-Pelajar perlu menggunakan ict untuk mengendalikan,menyampaikan maklumat,menyelesaikan masalah ,menimbulkan soalan dan berani mengambil risiko.
-Contohnya pelajar perlu mencari banyak maklumat tentang sesuatu perkara melalui search engine seperti google bagi memperoleh maklumat yang pelbagai dan sahih.
-Melalui ICT,penggunaan email,blog dan portal-portal dapat membantu pelajar berkongsi,menyebar dan bertukar maklumat tentang sesuatu perkara.
-Sekiranya ICT digunakan dalam kaedah pembelajaran seperti penggunaan Power Point bagi tujuan pembentangan,penyampaian akan lebih menarik kerana ‘slide’ yang dipapar lebih kreatif dan memudahkan pelajar memahami maklumat yang disampaikan.
-Pelajar juga dapat menyimpan maklumat pelajaran didalam komputer atau secara online melalui penggunaan internet seperti penggunaan Dropbox.Oleh itu,pelajar dapat belajar dimana sahaja dan proses berfikir tidak terhad di dalam kelas sahaja.
DIMANAKAH ICT DAN KEMAHIRAN BELAJAR DIGUNAKAN?
-Keupayaan ICT adalah lebih luas daripada satu set kecekapan kerana ia melibatkan pemilihan yang sesuai untuk tujuan penggunaan dan penilaian.Oleh itu,ICT dapat digunakan dalam pembelajaran.
-ICT berupaya membangunkan,mewujudkan,dan menyampaikan maklumat menggunakan pelbagai alat teknologi seperti computer dan internet.
-Oleh itu,pelajar perlu mengetahui pelbagai aspek ICT yang ada apabila menggunakannya dan tahu mengapa ia sesuai untuk tugas itu.
-Contohnya apabila membuat perbentangan,keupayaan ICT perlu melibatkan pemilihan perisian yang sesuai seperti penggunaan Microsoft Power Point.
-Penggunaan papan putih interaktif,unit unjuran video dan pencarian maklumat daripada sumber internet.
-Antara sebab-sebab ICT perlu digunakan dalam pembelajaran ialah:
1)ICT dapat menyediakan kedua-dua sumber pembelajaran iaitu sumber dan rangka kerja untuk membolehkan pelajar belajar dengan lebih berkesan.
2)Teknologi baru iaitu Web 2.0 membolehkan pelajar lain saling bekerjasama untuk berkongsi maklumat.
3)ICT meletakkan pelajar di landasan yang sama.Walaupun seseorang itu mempunyai kelainan keupayaan,perkakasan dan perisian maklumat masih sama.
4)ICT dapat membantu pelajar melaksanakan pembelajaran peribadi seperti kelas maya.
5)ICT membolehkan pelajar redraf dan mengubah kerja mereka hingga selesai.
6)Pembelajaran maya juga berlaku kerana pelajar dan pengajar masih boleh berinteraksi walaupun jarak jauh.
7)Pembelajaran boleh berlaku dimana sahaja contohnya melalui penggunaan Dropbox.Maklumat di dalam Dropbox dapat di muat turun,diakses dan dikongsi tanpa mengira tempat,masa dan waktu.
-Kemahiran berfikir dapat digunakan dalam pembelajaran apabila pelajar menggunakan pemikiran secara kritis.
-Apabila berfikir,pelajar tidak akan menerima sesuatu perkara bulat-bulat tanpa hujah atau bukti.Menerusi pembelajaran,pelajar akan mencari maklumat tentang pelajaran melebihi apa yang dibekalkan oleh pelajar.
-Dalam kemahiran berfikir,sikap pemikir yang baik ialah:
1)berfikiran rasional
2)Mampu mempertimbangkan kesahihan maklumat yang diberi oleh orang lain.
3)Sentiasa ingin tahu dan dan berfikiran terbuka.
4)Sentiasa ada maklumat yang cukup.
5)Sentiasa mencari alternative
-Semasa dalam proses pembelajaran,pelajar perlu diberikan sukatan yang dapat menjana keupayaan mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif.
-Contohnya Abdul Halim Abdullah,dari JabatanPendidikan Sains dan Matematik UTM membuat kajian untuk mengenal pasti jenis kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang digunakan pelajar dalam pembelajaran menggunakan perisian geometri interaktif iaitu perisian KDE Interactive Geometry (KIG).
-Hasilnya,pelajar menggunakan kemahiran berfikiruntuk mengetahui lebih lanjut berkaitan sesuatu masalah matematik yang diselesaikan melalui perisian.
-Hal ini jelas bahawa perisian dinamik berpotensi membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah dalam matematik.
KENAPA ICT DAN KEMAHIRAN BERFIKIR PENTING?
-Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa.
-Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an.
-Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat.
-Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma.
-Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional bermaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan.
-Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. -Sementara perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan.
-Perubahan paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi.
-Menurut Davies (1996), pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21.
-Justeru, ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
-Pengurusan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan, menganalisis sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.
-Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.
-Kepentingan kemahiran berfikir ialah:
1)Menjadi lebih matang.
-Kematangan tidak boleh diukur secara mutlak tetapi ia boleh diamati berdasarkan cara berfikir dan cara tindakan seseorang.
-Orang yang matang akan berfikir secara mendalam dan bertindak secara analisis apa yang difikirkannya.
-Kesilapan lepas yang dilakukan dapat dijadikan panduan atau iktibar supaya tidak berulang lagi.
2)Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan.
-Kemahiran berfikir dapat mengajar kita bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan.
3)Sensitif.
-Jika terdapat sesuatu yang tidak kena atau tidak faham,langkah proaktif akan diambil segera.
-Kemahiran berfikir membantu kita tahu tentang apa yang dibaca,didengar dan dilihatnya.
4)Lebih berhemah dan bertanggungjawap.
-Jika suatu kesilapan dilakukan,ia cepat mengakui kesilapan dan sekiranya suatu kritikan diberi,dia akan mengemukakan bukti dan rasionalnya.
5)Tidak mudah dipengaruhi.
-Kita tidak akan menerima sesuatu itu benar selagi belum mendapatkan sumber yang sahih dan benar.

No comments:
Post a Comment