Monday 7 January 2013

Pembelajaran Minggu Kedua

minggu kedua... dalam pembelajaran minggu kedua bersamaan hari rabu kami telah diarahkan untuk membuka fail performa dan menyiapka tugasan yang belum siap yang diberikan pada minggu pertama. kami juga diminta menghantar email signature,mengemaskini email,blog facebook,yahoogroup.seterusnya kami diminta untuk membuka dropbox. pada mulanya saya menghadapi masalah dalam membuka dropbox ini kerana merasakan perkara ini masih baru dipelajari namun atas tunjuk ajar puan nur hafizah akhirnya dapat juga saya mempelajarinya dengan baik. dropbox merupakan satu aplikasi mencipta satu folder baru dalam pc komputer sendiri secara automatik yang memperuntukan ruang sebanyak 2gb dan sekiranya ingin menambah perlu membuat bayaran. bezanya apabila memasukan fail ke dalam fail dropbox fail yang kita masukan itu secara automatik dapat dibuka atau diakses walau dimana sahaja kita berada.oleh itu,kita tidak perlu menggunakan pendrif,buku dan external untuk mendapatkan meklumat yang kita simpan... pembelajaran seterusnya akan di sambung pada minggu hadapan.. sekian,terima kasih kuliah yang diberikan pada hari ini...

Pembelajaran Minggu Ke Empat Belas

Minggu keempat belas...
dalam pembelajaran minggu yang keempat belas ini,kami telah ditugaskan untuk membuat pembentangan akhir tentang tugasan masing-masing.kami diminta untuk membuat pembentangan yang lebih kreatif dan mantap di mana memerlukan kami membuat slide show yang menarik dan mempunyai kreativiti yang tersendiri.selain itu,pembentangan kami juga perlu diselitkan animation terttentu yang kami telah pelajari di samping boleh juga memasukan lagu bagi menjadikan pembentangan lebih menarik.. kumpulan pertama yang membuat pembentangan ialah kumpulan qudsiyah dan solehah yang bertajuk kemahiran abad ke-21 diikuti oleh pembentangan kumpulan kedua yang dibentangkan oleh saya sendiri Razi dan rahil maizura dalam tajuk kemahiran berfikir dan ict. pembentangan ketiga dibentangkan oleh kumpulan cherry dan mohd.zaim untuk tugasan e-learning dan mobile learning.tugasan keempat dibentangkan oleh abdullah dan fitri iaitu web 2.0. pembentangan kelima pula dibentangkan oleh kak julia dan atiqah yang bertajuk perisian sumber terbuka dan pembentangan yang terakhir yang bertajuk etika penggunaan internet dalam komputer dibentangkan oleh aidil dan ziera... pada awal sesi pembentangan,pembentangan kurang lancar disebabkan halangan teknikal seperti musik yang dimasukan dalam presentation tidak berbunyi dan terdapat beberapa link yang tidak dapat dibuka namun pada akhirnya semua kumpulan kami telah berjaya menyempurnakan tugasan kami dengan jayanya... sekian dan selesai pembelajaran komputer dalam pendidikan sem ini.. selamat menghadapi peperiksaan...

Pembelajaran Minggu Ketiga Belas

Minggu ketiga Belas MINGGU KETIGA BELAS BERMAKNA PEMBELAJARAN KELAS KOMPUTER TINGGAL SATU KELAS YANG TERAKHIR IAITU MINGGU KE EMPAT BELAS..DEBARAN SEMAKIN TERASA KERANA EXAM SUDAH SEMAKIN HAMPIR DAN BANYAK TUGASAN PERLU DIHANTAR..PARA mASING-MASING SIBUK DENGAN MEMBUAT DAN MENYIAPKAN ASSIGMENT YANG PERLU DIHANTAR PADA WAKTU TANG DITETAPKAN.. Pada pembelajaran minggu ketiga belas ini.kami telah diajar berkenaan dengan bagaimana untuk membuat belanjawan sendiri dengan menggunakan openoffice dan juga microsoft excell. SEBELUM INI SEBENARNYA SAYA TELAH MEMPELAJARI TENTANG TAJUK INI SEWAKTU MENGAMBIL KURSUS KOMPUTER NAMUN TELAH HILANG DALAM INGATAN KERANA SEKIAN LAMA TIDAK MENGGUNAKANNYA... DALAM PEMBELAJARAN KALI INI SAYA BERHASRAT BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUHTENTANG TAJUK INI KERANA PEMBELAJARAN KALI INI SANGAT PENTING DIKUASAI OLEH SEORANG INDIVIDU YANG AKAN MENJADI BAKAL GURU.. jika sebelum ini kita hanyamembuat dan merancang perbelanjaan harian kita dengan hanya menggunakan sebuah buku dan pen yang lebih rumit dan sukar disediakan.Namun dengan adanya dan terciptanya kemudahan teknologi seperti ini telah mengubah dan memudahkan kerja-kejra membuat perancangan belanjawan harian. pENGAPLIKASIAAN KEDUA-DUA PERISIAN INI MEMBAWA BANYAK MANFAAT DALAM KEHIDUPAN.ANTARANYA IALAH KERJA-KERJA MENGIRA DAN MEMASUKAN SERTA MEREKODKAN DATA MENJADI LEBIH MUDA DAN SISTEMATIK.SELAIN ITU,PENGGUNAAN PERISIAN INI JUGA MAMPU MENJIMATKAN MASA ,KOS DAN TENAGA. SEMENTARA DALAM TUGAS PERKERANIAN SEBAGAI SEORANG GURU,PEMGAPLIKASIAAN KEMUDAHAN INI MEMBOLEHKAN GURU DAPAT MEMASUKAN DATA PELAJAR KE DALAM SISTEM YANG SETERUSNYA DAPAT MEMUDAHKAN KERJA DAN MENJADIKAN KERJA LEBIH CEKAP DAN BERKESAN. SEMOGA PEMBELAJARAN PADA KALI INI DAPAT DIAPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG GURU PADA MASA AKAN DATANG....

Sunday 30 December 2012

Pembelajaran Minggu Kedua Belas



Minggu Kedua Belas

      Terasa baru sahaja semalam memulakan minggu pertama pembelajaran dalam kelas komputer ini.Namun kini telah pun mencapai minggu yang kedua belas beban kerja sudah semakin terasa dan semakin rumit tambahan pula perlu di siapkan sebelum final ezam..Masa yang ada selam 24 jam terasa bagaikan hanya seminit..


      Pada minggu kedua belas ini untuk kelas GGGE1153 ,kami telah diberi pendedehan tentang apa itu Multimedia,jenis-jenis dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.Multi bermaksud kepelbagaian sementara Media pula bermaksud kepada alat yang digunakan untuk menyimpan dan menyampaikan informasi.Terdapat lima jenis elamen utama Multimedia iaitu Imej,Teks,Audio,Video dan Animasi.
1) Imej digital merupakan persembahan numerik (biasanya nombor binari ) dalam bentuk 2-D. Ianya boleh didapati dalam pelbagai jenis format. Sebagai contoh, .jpg, .jpeg, .bmp dan lain-lain.
Contoh gambar .jpg ( joint photographic group )

2) Teks terdiri dari beberapa perkara seperti :
- Selalunya gaya font adalah bolditalic dan underlined.
- Saiz text didapati dalam bentuk point ( lebih kurang 72 per inci )
- Leading ialah ruang antara garisan.
- Kerning ialah ruang diantara karakter individu.
- Alignment boleh dikirikan, ditengah dan juga dikanankan.
Selain daripada itu, set karakter yang paling digunakan sekarang ialah ASCII (American Standard Code for Information Interchange).

Gambarajah ASCII 

Perbezaan font sans-serif dan serif

3) Audio
Audio merupakan bunyi yang dapat didengari oleh manusia. Audio boleh didapati dalam pelbagai jenis format. Terdapat tiga jenis format audio yang besar iaitu :
- Uncompressed audio format. Contoh : WAV & AIFF
- Format with lossless compression. Contoh : FLAC & Apple
- Format with lossy compression. Contoh : MP3 & Vorbis
sumber

Icon yang kebiasaanya merujuk kepada pelbagai jenis audio.

4) Video
Video merujuk kepada suatu teknologi yang merakam, proses, penyimpanan, penyiaran dan pengubahsuaian secara elektronik yang memaparkan persembahan babak dalam pergerakkan. Antara contoh-contoh video adalah seperti berikut :


Contoh format video


sumber

5) Animasi
Animasi merupakan salah satu proses biologi yang dikenali sebagai persistence of visiondan juga fenomena psikologi yang dikenali sebagai phi.

Jenis-jenis animasi :
2D
2 1/2 D
- 3D

Contoh-contoh animasi :

 The Lion King ( 2D )

 Madagascar 3 : Europe's most wanted ( 3D )


Dalam pada itu juga, kami telah diberikan tugasan berkumpulan berkaitan tentang multimedia. Kumpulan saya terdiri dari Liyana , Idin dan Bronny. Tugasan kumpulan kami lebih menumpukan aspek video dan audio. Untuk tugasan tersebut, kami telah diarahkan untuk membuat satu akaun Facebook group dan memuat naik segala file yang berkaitan ke dalam Facebook group. Selain itu, Cik Mazalah turut mengingatkan kami untuk memuat naik kerja dan bahan SPSS ke dalam akaun Yahoo! Groups peribadi masing-masing.

Itu sahaja untuk minggu ini. Jumpa lagi ;)

Pembelajaran Minggu Kesebelas




Minggu kesebelas

hello..huhu...
Pada minggu kesebelas ini kami telah diajar tentang hamparan elektronik..
hamparan elektronik? tidak biasa dengar bukan?
bagaimana pula dengan spreadsheet mungkin lebih biasa menggunakannya kan..
hamparan elektronik adalah spreadsheet sebenarnya.
disamping itu kami diajar menggunakan miscrosoft excel untuk membuat bajet harian kami
Secara jujur saya tidak biasa menggunakan microsoft excel ini sebelum ini dalam merancanr bajet harian saya kerana mungkin saya telah terbiasa merancang bajet saya daengan menggunakan kertas dan pen sahaja..
namun dengan menggunakan kaedah ini saya dapati perancangan bajet harian lebih teratur dan mudah.
so,apa salahnya jika saya menggunakan hamparan elektronik ini bermula dari sekarang untuk merancang bajet harian saya..

Monday 3 December 2012

Kemahiran Berfikir dan Ict




Kemahiran Berfikir dan Ict

Pengenalan

- Kemahiran berfikir dan Ict adalah sangat penting pada masa kini terutama sekali kepada golongan pelajar dan golongan pendidik.Pengaplikasian kemahiran berfikir dan ict ini dapat membantu memperkasakan dan memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.Penggunaan terknologi (ICT) dalam proses pengajaran dan  pembelajaran mampu memupuk dan menyemai semangat untuk mempelajari dan menimba ilmu kerana pembelajaran melalui kaedah ini menyediakan medium pembelajaran yang selesa,berksesan dan mudah dihayati.

Definisi Kemahiran Berfikir

- Secara amnya definisi kemahiran berfikir yang sesuai dan tepat masih lagi dipertikaikan kerana tokoh-tokoh pemikir mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza.
- George ( 1970) mendifinisikan kemahiaran berfikir adalah suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan Semulajadi yang kompleks.
- Edward De Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan kemahiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah malah berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai persepktif bagi menyelesaikan masalah
-Satu lagi definisi yang menarik yang dikemukakan oleh Vincent Ryan Ruogiero (1984).Beliau mendifinisikan kemahiran Berfikir sebagai “Thinking is any mental activity that help formulate or solve problem,make a decision or fullfil a desire to understand.It is a searching for answers,a searching for meaning”

Definisi yang Diterima Umum

-Proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Tujuan Kemahiran Berfikir Digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah untuk:

1.Mendapatkan latihan berfikir secara kreatif dan kritis untuk membuat keputusan menyelesaikan masalah dengan bijak
2.Mengaplikasikan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar darjah
3.Menghasilkan ciptaan yang lebih kreatif dan inovatif
4.Mengatasi masalah berfikir yang terburu-buru,bercelaru dan kabur
5.Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dan seterusnya perkembangan
   intelek

Jenis-jenis Kemahiran Berfikir

1.Berfikir Secara Kritis

-Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahaan dan kemajuan sesuatu idea,menilai
 kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
-Contohnya membanding dan membeza,membuat kategori,membuat ramalan,inferens dan menentukan sumber yang boleh dipercayai.


 2.Berfikir Secara Kreatif

-Kecekapan untuk menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea,mencipta sesuatu yang baru,asli,luar biasa dan bernilai

Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak

  i) Cekal
 ii) Luwes
iii) Ingin tahu
iv) Mengambil risiko
 v) Mahir menyoal
vi) Tidak mudah putus asa
vii) Bekerjasama


-Parkins dan Swarts (1990) menyatakan kesilapan utama sering berlaku ketika berfikir adalah:

1.Berfikir Secara Terburu-buru

-Kesilapan akan berlaku apabila kita bertindak dengan tergesa-gesa untuk    membuat keputusan dan atau menyelesaikan masalah.Hal ini
 kerana kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertindak maka   berlakulah kesilapan


2.Berfikiran 
-Hai ini berlaku apabila kita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu itu dengan lebih luas


 3.Fikiran yang Kabur

- Hal ini terjadi apabila idea yang hendak kita sampaikan itu tidak menepati   objektif yang dikehendaki  umpamanya kita tidak 
 menyelesaikan sesuatu itu dengan lebih terperinci dengan memberi tafsiran    dan contoh-contoh yang nyata

4.Fikiran Bercelaru

-Berlaku apabila kita merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan itu dengan cara yang sistematik.Idea yang
 kita sampaikan lazimnya disampaikan secara rawak dan tidak tersusun mengikut urutan dan prinsip-prinsip tertentu.

Membina Kemahiran Berfikir

     Berfikir bukan sesuatu kegiatan minda tetapi boleh dibentuk sebagai sesuatu kemahiran.Kemahiran berfikir tidak datang dengan begitu sahaja tetapi memerlukan latihan dan persiapan.Berfikir sekadar melihat sesuatu tidak akan mendatangkan apa-apa kemahiran tetapi apabila sesuatu iti diungkap berasaskan Persepktif tertentu maka kemahiran berfikir mula dibentuk.
        Melihat kegiatan pertukaran siang dan malam,hujan dan panas,angina dan ribut mungkin -tidak membimbing seseorang kepada kemahiran berfikir






Peranan Ict dalam Pembangunan Masyarakat

a) Maklumat tentang peluang pekerjaan

b) Membuka peluang pekerjaan

c) Kemahiran dan pembelajaran

d) Penjagaan kesihatan

e) Pengagihan kuasa


Kepentingan Ict

a) Teknologi maklumat dapat mengumpulkan maklumat

b) Digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.Penggunaan       computer boleh merekodkan bunyi,imej dan pengesan gerakan

c) Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej

d) Digunakan untuk berkomunikasi





BAGAIMANA ICT DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR?

-CASE iaitu Cognitive Acceleratio n through science Education telah dilaksanakan di dalam kelas “biasa” dan terbukti dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar melalui ict.
- Keputusan PNGK pelajar yang mendapat pembelajaran mengikut CASE lebih tinggi bukan sahaja dalam bidang sains malahan dalam bidang matematik dan bahasa inggeris.
-Pengajaran CASE distrukturkan menggunakan 5 prinsip iaitu:
1)Penyediaan konkrit
   Bagi permulaaan,semua terma dan perbendaharaan kata baru yang    diperkenalkan harus diamalkan.
2)Kognitif konfliks
   Pelajar diberi tugasan atau situasi yang sukar untuk diselesaikan melebihi kemampuan mereka.
3)Aktiviti pembinaan zon
   Pelajar menggunakan dialog antara mereka dan pengajar bagi menyelesaikan sebarang masalah.
4)Metakognikasi
  Pelajar membuat proses pemikiran mereka lebih jelas.
5)Merapatkan
   Menggalakkan pelajar berkongsi apa yang dipelajari.
-Pelajar dapat membangunkan kemahiran berfikir melalui ict dengan melibatkan diri dalam penyelidikan dan aktiviti yang ditetapkan dalam konteks yang releven.
-Pelajar perlu menggunakan ict untuk mengendalikan,menyampaikan maklumat,menyelesaikan masalah ,menimbulkan soalan dan berani mengambil risiko.
-Contohnya pelajar perlu mencari banyak maklumat tentang sesuatu perkara melalui search engine seperti google bagi memperoleh maklumat yang pelbagai dan sahih.
-Melalui ICT,penggunaan email,blog dan portal-portal dapat membantu pelajar berkongsi,menyebar dan bertukar maklumat tentang sesuatu perkara.
-Sekiranya ICT digunakan dalam kaedah pembelajaran seperti penggunaan Power Point bagi tujuan pembentangan,penyampaian akan lebih menarik kerana ‘slide’ yang dipapar lebih kreatif dan memudahkan pelajar memahami maklumat yang disampaikan.
-Pelajar juga dapat menyimpan maklumat pelajaran didalam komputer atau secara online melalui penggunaan internet  seperti penggunaan Dropbox.Oleh itu,pelajar dapat belajar dimana sahaja dan proses berfikir tidak terhad di dalam kelas sahaja.


   DIMANAKAH ICT DAN KEMAHIRAN BELAJAR DIGUNAKAN?

-Keupayaan ICT adalah lebih luas daripada satu set kecekapan kerana ia melibatkan pemilihan yang sesuai untuk tujuan penggunaan dan penilaian.Oleh itu,ICT dapat digunakan dalam pembelajaran.
-ICT berupaya membangunkan,mewujudkan,dan menyampaikan maklumat menggunakan pelbagai alat teknologi seperti computer dan internet.
-Oleh itu,pelajar perlu mengetahui pelbagai aspek ICT yang ada apabila menggunakannya dan tahu mengapa ia sesuai untuk tugas itu.
-Contohnya apabila membuat perbentangan,keupayaan ICT perlu melibatkan pemilihan perisian yang sesuai seperti penggunaan Microsoft Power Point.
-Penggunaan papan putih interaktif,unit unjuran video dan pencarian maklumat daripada sumber internet.
-Antara sebab-sebab ICT perlu digunakan dalam pembelajaran ialah:
1)ICT dapat menyediakan kedua-dua sumber pembelajaran iaitu sumber dan rangka kerja untuk membolehkan pelajar belajar dengan lebih berkesan.
2)Teknologi baru iaitu Web 2.0 membolehkan pelajar lain saling bekerjasama untuk berkongsi maklumat.
3)ICT meletakkan pelajar di landasan yang sama.Walaupun seseorang itu mempunyai kelainan keupayaan,perkakasan dan perisian maklumat masih sama.
4)ICT dapat membantu pelajar melaksanakan pembelajaran peribadi seperti kelas maya.
5)ICT membolehkan pelajar redraf  dan mengubah kerja mereka hingga selesai.
6)Pembelajaran maya juga berlaku kerana pelajar dan pengajar masih boleh berinteraksi walaupun jarak jauh.
7)Pembelajaran boleh berlaku dimana sahaja contohnya melalui penggunaan Dropbox.Maklumat di dalam Dropbox dapat di muat turun,diakses dan dikongsi tanpa mengira tempat,masa dan waktu.
-Kemahiran berfikir dapat digunakan dalam pembelajaran apabila pelajar menggunakan pemikiran secara kritis.
-Apabila berfikir,pelajar tidak akan menerima sesuatu perkara bulat-bulat tanpa hujah atau bukti.Menerusi pembelajaran,pelajar akan mencari maklumat tentang pelajaran melebihi apa yang dibekalkan oleh pelajar.
-Dalam kemahiran berfikir,sikap pemikir yang baik ialah:
1)berfikiran rasional
2)Mampu mempertimbangkan kesahihan maklumat yang diberi oleh orang lain.
3)Sentiasa ingin tahu dan dan berfikiran terbuka.
4)Sentiasa ada maklumat yang cukup.
5)Sentiasa mencari alternative
-Semasa dalam proses pembelajaran,pelajar perlu diberikan sukatan yang dapat menjana keupayaan mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif.
-Contohnya Abdul Halim Abdullah,dari JabatanPendidikan Sains dan Matematik UTM membuat kajian untuk mengenal pasti jenis kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang digunakan pelajar dalam pembelajaran menggunakan perisian geometri interaktif iaitu perisian KDE Interactive Geometry (KIG).
-Hasilnya,pelajar menggunakan kemahiran berfikiruntuk mengetahui lebih lanjut berkaitan sesuatu masalah matematik yang diselesaikan melalui perisian.
-Hal ini jelas bahawa perisian dinamik berpotensi membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah dalam matematik.



KENAPA ICT DAN KEMAHIRAN BERFIKIR PENTING?

-Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa.
-Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an.
-Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat.
-Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma.
-Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional bermaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan.
-Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. -Sementara perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan.
-Perubahan paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi.
-Menurut Davies (1996), pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21.
-Justeru, ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.  
-Pengurusan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan, menganalisis sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.
-Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.
-Kepentingan kemahiran berfikir ialah:
1)Menjadi lebih matang.
-Kematangan tidak boleh diukur secara mutlak tetapi ia boleh diamati berdasarkan cara berfikir dan cara tindakan seseorang.
-Orang yang matang akan berfikir secara mendalam dan bertindak secara analisis apa yang difikirkannya.
-Kesilapan lepas yang dilakukan dapat dijadikan panduan atau iktibar supaya tidak berulang lagi.
2)Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan.
-Kemahiran berfikir dapat mengajar kita bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan.
3)Sensitif.
-Jika terdapat sesuatu yang tidak kena atau tidak faham,langkah proaktif akan diambil segera.
-Kemahiran berfikir membantu kita tahu tentang apa yang dibaca,didengar dan dilihatnya.
4)Lebih berhemah dan bertanggungjawap.
-Jika suatu kesilapan dilakukan,ia cepat mengakui kesilapan dan sekiranya suatu kritikan diberi,dia akan mengemukakan bukti dan rasionalnya.
5)Tidak mudah dipengaruhi.
-Kita tidak akan menerima sesuatu itu benar selagi belum mendapatkan sumber yang sahih dan benar.






Tuesday 27 November 2012

Pembelajaran Minggu ke Sepuluh



Dalam pembelajaran minggu kesepuluh ini,kami telah diarahkan oleh Dr. Siti Fatimah untuk explorer berkaitan dengan impress,miscrosfoft word,power point,publisher,paint dan sebagainya.Dr.telah menerangkan dengan meluas tentang pembelajaran ini.



Microsoft Word Home and Student 2010 SoftwareClick to see larger images


PowerPoint® 2010