Tuesday, 30 October 2012
Pembelajaran Minggu Kelapan
Dalam pembelajaran minggu kelapan ini,kami diarahkan untuk membuat presentation tentang tugasan yang diberikan kepada kami.Hal ini bertujuan supaya pelajar lebih faham dan tahu tentang tajuk-tajuk yang diberikan kepada setiap kumpulan.Pelajar juga dikehendaki untuk memberi perhatian sepenuhnya terhadap pembentangan kerana tugasan yang dibentangkan akan ditanya dalam exam.
selain itu,kami juga diminta untuk mencari maklumat berkaitan dengan SPSS.Hal ini bertujuan supaya
pelajar mengetahui serba sedikit tentang SPSS ini yang dapat memudahkan proses pembelajaran ketika pensyarah mengajar tentang tajuk ini.
Tuesday, 23 October 2012
Pembelajaran Minggu Ketujuh
Dalam pembelajaran minggu tujuh ini,kami telah diarahka untuk membaca SPSS untuk memudahkan proses pembelajaran pada minggu hadapan.Selain itu,kami juga diarahkan untuk meng update blog dan menyelesaikan tugasan yang belum selesai.Disamping itu,kami juga diarahkan untuk membuat persediaan untuk membuat presentation untuk tugasan kami..
LMS/CMS
LMS dan CMS
Apakah Cms/Lms??
-Cms ialah satu sistem dalam talian yang bertujuan untuk membantu pensyarah menghantar maklumat dan pembelajaran melalui web kepada para pelajar supaya pelajar mudah berinteraksi dengan pensyarah.Kaedeh ini merupakan salah satu cara pensyarah dan pelajar berinteraksi.
-Lms pula ialah satu pakej perisian pada skala yang besar yang membolehkan pengurusan dan penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar.Kebanyakan sistem Lms berasaskan web yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Kenapa Kita Perlu Menggunakan Lms/Cms?
-Diperlukan dalam aspek persediaan satu aspek pentadbiran seperti rakaman gred dan lain-lain.
-Selain itu,ia berurusan secara langsung dengan aspek-aspek teras pengajaran seperti objek pembelajaran,latihan kuiz dan latihan.Dengan menggunakan sistem ini,pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah dan menerokai kandungan pembelajaran yang telah disediakan di dalam sistem ini.
-Sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan meningkatkan sistem pembelajaran pelajar tersebut pelajar tersebut.Terdapat juga satu penilaian online seperti kuiz dan latihan di dalam sistem ini.Jadi,ia dapat memudahkan pelajar untuk menjawab sebelum peperiksaan tiba.
Dimana Sisten ini Digunakan?
-Sistem ini biasanya digunakan dan diaplikasikan di dalam sektor pendidikan seperti dalam pengurusan sekolah dan universiti.Contihnya e-pembelajaran,ifolio dan Spin.Sistem ini memudahkan pelajar dan pensyarah berinteraksi dua hala di dalam alam maya.
Siapa Yang Menggunakan Sistem ini?
-Sistem ini digunakan oleh pelajar di universiti dan kolej.Selain itu,sistem ini juga digunakan oleh guru dan kakitangan kerajaan yang berkerja dalam sektor kerajaan yang memerlikan talian web untuk membuat kerja atau tugasan.
Bagaimana untuk Menggunakan Sistem ini?
-Cara menggunakan sistem ini ialah gunakan modul penilaian Lms untuk mewujudkan penilaian yang tepat dan relevan.Modul penilaian akan lebih menarik sekiranya pelajar merekanya dengan teliti dan terperinci.
-Setelah itu jelaskan penilaian pembelajaran kepada pelajar supaya mereka tidak menghadapi masalah dalam menggunakan sistem ini yang memastikan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Kelebihan Menggunakan Sistem ini.
1.Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan atas talian
2.Boleh diekses dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan internet
3.pensyarah dan pelajar boleh berinteraksi tanpa perlu bersemuka iaitu hanya dalam talian.
4.Menampung keseluruhan proses pembelajaran
5.Latihan,info dan maklumat boleh disebarkan dengan cepat dam mudah.
Perisian Sumber Terbuka untuk LMS/CMS
1.Moodle
-dikenali sebagai modular berorintasikan objek persekitaran dinamik yang membantu pendidik mawujudkan kursus-kursus dalam talian.Ia mempunyai beberapa ciri iaitu penyerahan tugas,muat turun fail,kuiz dan lain-lain.
2.A tutor
-Ia digunakan dalam pelbagai konteks termasuk kursus dan talian pengurusan,pembangunan kerjaya serta pembangunan profesion perguruan guru dan penyelidikan akademik.Sistem ini juga dapat membantu orang buta dengan mendengar antara sistem muka danbantuan pembaca skrin.
3.E front
-Dikenali sebagai persekitaran pembelajaran maya yang merupakan reka bentuk untuk membantu dengan penciptaan komuniti pembelajaran dalam talian.
surveymonkey&goole docs
Langkah-langkah untuk menggunakanya ialah:
1.Tekan link ini : http//www.surveymonkey.com.
Selapas anda tekan link ini,anda perlu sign up..
2.Isi maklumat anda.
3.Apabila selesai,tekan "create survey"
4.Tukiskan tajuk kajian,pilih kategori dan continue..
5.Selepas memilih tema,soalan boleh ditaip..
6.Setelah selesai link inin boleh disimpan dan diedarkan..
Saya dan rahil maizura telah membuat 10 soalan berkaitan tajuk soalan kami iaitu "Kemahiran Berfikir dan Ict"
Http: //www.surveymonkey.com./s/DTTZN2B
Selain itu,kami juga diajar membuat soalan menggunakan google docs.Melalui google docs ini,perkhidmatan percuma diberikan dengan perisian sebanyak 5gb dan sebarang tambahan akan dikenakan bayaran.
Langkah-langkah ialah:
1.Tekan link ini : http: // drive.google.com/?pi# my-drive
2.Tekan create.
3.Klik pada kotak
4.Sekarang boleh ditaip,bentuk soalan dan jawapan pula boleh dipilh.Apabila selesai tekan "Done".Untuk menambah soalan tekan "add"
Selesai membuat soalan,kami perlu menghantar kedua-dua link soalan berdasarkan tugasan kepada
Dr.Siti fatimah dan Puan Nur Hazifah untuk memudahkan semakan.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHYyLVcxOEVLUHFud1RNQVhQMlNKOUE6MQ
Kami perlu mencari sekurang-kurangnya 10/15 orang responden untuk menjawab soalan kami.Saya dan Rahil Maizura menghantar soalan ini melalui facebook Group dan Email.
Sampai disini sahaja pembelajaran pada minggu keenam ini.
Pembelajaran Minggu Keenam
Dalam pembelajaran minggu keenam ini,kami telah diarahkan untuk membuka akaun survey monkey dan geogle docs.Melalui surveymonkey dan google docs kami boleh membuat soalan-soalan untuk dijawab oleh responden dalam talian..Kelebihan menggunakan sistem ini adalah soalan-soalan boleh disoal dan dijawap hanya dalam atas talian tanpa bersemuka dengan responden.Hal ini boleh menjimatkan masa dan memudahkan proses.
Tuesday, 9 October 2012
Pembelajaran Minggu Kelima
Salam sejahtera dan salam satu malaysia...
Dalam pembelajaran minggu kami cuma diarahkan membuat perbincangan berkaitan dengan tugasan berkumpulan disamping kami diarahkan memperbetulkan kesalahan-kesalahan maklumat yang direkodkan
dalam database pelajar.Hal ini penting supaya tenaga pengajar mudah membuat rujukan dan semakan serta
memudahkan pelajar itu sendiri untuk mendapatkan dan mencapai sesuatu maklumat.Selain itu,maklumat dalam database pelajar yang lengkap dapat melancarkan proses pembelajaran dalam kelas komputer dalam pendidikan ini.
Perbezaan Penghantaran Mesej di Antara Email dan Post
Penghantaran Mesej melalui Email
Penghantaran mesej melalui email adalah sulit dan bersifat privacy.Mesej yang akan dihantar kepada seseorang adlah rahsia dan tidak akan dapat dibaca dan di ketahui oleh orang lain.Hal ini membolehkan maklumat atau mesej yang ingin disampaikan selamat kerana tidak akan dapat dibaca oleh orang lain.Penghantaran mesej seperti ini sesuai diaplikasikan bagi menghantar sesuatu maklmat yang sangat penting dan bersifat rahsia.Selain itu,penghantaran melalui email ini membolehkan kita memilih sesiapa sahaja untuk dihantar mesej yang mempunyai kepentingan dengan menggunakan cc atau carbon copy.Carbon copy merupakan salinan email kepada penerima selepas email utama.
Penghantaran Mesej melalui Post
Penghantaran mesej melalui post adalah bersifat umum dan merupakan satu penghantaran mesej dimana tujuan kita menghantar mesej itu adalah untuk mengadakan perkongsian atau dikongsi dengan semua orang.Selain itu,penghantaran melalui post ini tidak menggunakan cc atau carbon copy mesej yang akan dihantar.Disamping,melelui penghantaran mesej melalui post tidak memerlikan kita menyeneraikan
nama org atau ahli tertentu untuk mendapatkan mesej kerana secara automatiknya mesej akan diahantar kepada semua ahli.
Pembelajaran Minggu Keempat
Salam pembuka bicara..
Pada minggu keempat ini pembelajaran seperti biasa
bermula sekitar jam 8 pagi bersamaan 3 0ktober 2012 (sabtu).Dalam pembelajaran ini,Puan Nur hafizah mengambil kedatangan setiap para pelajar bagi mengetahui pelajar yang tidak dapat hadir pada kelas tersebut.Sesi pembelajaran ini Puan nur hafizah sentiasa memastikan setiap pelajar dapat menyelesaikan dan memahami tugasan dan masalah berkaitan dengan pelajaran.
sekiranya dr.siti fatimah mempunyai urusan yang sangat mustahak belaiu akan mengendalikan kelas sebelah serentak serentak dengan kelas saya.disamping itu,mengarahkan kami berbincang
tenteng tajuk tugasan masing-masing yang mengesyorkan kami menggunakan search engine yang telah disahkan.
selain itu,beliau juga mengesyorkan kami menggunakan blog e-warga untuk mengekses
ke dalam portal rasmi tsl.kelebihan menggunakan
portal (ptsl) ialah sumber yang ada adlah disahkan
atau boleh dipercayai..sekian untuk pembelajaran minggu ini.

Pembelajaran Minggu Ketiga
Selamat sejahtera..
Kelas minggu ketiga bermula pada 8 pagi iaitu pada 26.9.2012,hari Rabu.Walaupun hari hujan,pembelajaran tetap berjalan dengan lancar.Pn Nur Hafizah mengambil kedatangan pelajar dan memastikan setiap pelajar menyelesaikan masalah berkaitan dropbox.
Seperti yang telah dipesan pada minggu lepas,kami berbincang secara ringkas tentang LMS/CMS.Selesai perbincangan ringkas itu kami dikehendaki menulis tentang apa yang kami faham berkaitan LMS/CMS menggunakan Google Doc dan menghantar ke Yahoo Group dan Dropbox.Kami juga perlu menghantar tugasan itu kepada Dr Fatimah dan Pn Nur Hafizah melalui emel masing-masing untuk disemak.
Pada mulanya saya tidak tahu tentang Google Doc.Google Doc merupakan program dari Google untuk membuat dan mengedit pelbagai dokumen secara online.Melalui Google doc,kita bukan sahaja membuat dokumen dalam bentuk Microsoft Word,tetapi ia boleh dibuat dalam bentuk ms Power point dan operasi Spreadsheet.Hasil dokumen yang telah siap boleh disimpan di dalam satu folder atau disimpan di dalam Dropbox.Jika disimpan di dalam dropbox,fail itu akan diakses dan diperoleh di mana tempat tanpa mengira masa.
Untuk mendaftar Google Doc,kita perlu ada akaun gmail untuk kita sign in.Selepas itu,kita perlu ke alamat http;//docs.google.com.Untuk membuka atau akses sebarang dokumen,kita pelu log in terlebih dahulu.
Untuk membuat sebarang dokumen di dalam google doc,kita harus memilih jenis dokumen yang kita inginkan seperti presentation atau form dan lain-lain.
Sebelum kelas bersurai.Pn Nur Hafizah menyuruh kami melihat database yahoo group untuk melihat tajuk tugasan dengan pasangan masing-masing.Tajuk kumpulan saya ialah thingking skills and ict.
Sekian dan jumpa lagi pada minggu depan.

Subscribe to:
Posts (Atom)